Disini aku bertapak,
mengenal sebutir permata yang berkilau,
Memancar di wajah hati,
Nurani tetap berteman sejati.
Dikau umpama lilin membakar diri,
Demi diriku bersama dirimu,
Menjadi satu hati berjaya pasti,
Menerokai alam multi media kini.
Satu jiwa bahasa diterokai,
Demi kejayaan ku akan tiba lagi.
Terima kasih atas didikanmu,
Tanpa ilmumu siapalah aku kini,
Berjauhan menuntut segunung ilmu,
Tetap dirimu jua yang bertakhta di hati.
Sajak ini aku ciptakan khas buat Dr Normaliza,
Terima kasih atas segala-galanya...
Ingat Hidayah selalu,
Kerana diri Dr begitu berhatga bagiku....
Thursday, October 15, 2009
pengalamanku..
Semuanya sudah tertulis buatku. Semester ni aku diwajibkan mengambil Kursus BBK3408, iaitu Kesusteraan Dalam mUltimedia. Satu pengalaman yang baru aku kecapi. Kerana di sini aku mendapat kesempatan untuk mengenali lebih dekat seorang pensyarah yang begitu dedikasi, Dr Normaliza. Seorang pendidik yang tegas, bijak dan mahu sesuatu cabaran buat pelajarnya.
Pengalaman aku terhadap multimedia ini memberi aku sejuta pengetahuan .Aku mula menerokai apa itu dunia It, kecanggihan dunia multimedia tiada batasannya. Daripada seorang yang sedikit ilmu, berkat Dr aku mula menerokai keluasan ilmu multimedia ini. Sangat menyeronokkan kerana aku dapat berkomunikasi dengan teman-teman melalui kewajipanku mencipta blog, facebook, dan juga laman web, serta belajar juga cara-cara mencipta story board, dan menjalani video klip bersama ahli kumpulan. Sangat indah pengalaman ini.
Paling membahagiakan aku adalah apabila sesuatu tugasan yang diberi oleh Dr. dapat diselesaikan dengan baik bersama teman, biarpun ada dugaan yang datang menyapa.....
Adat belajar " bersusah dahulu, bersenang kemudian." Segala-galanya tercipta kesemua pengalaman pengetahuan ku ini adalah kerana jasa Dr Normaliza kepadaku.. Terima Kasih Dr..jasamu akan ku ingati sampai kejayaan ini membimbing kehidupanku....

Subscribe to:
Posts (Atom)